PERHATIAN! PERHATIAN!yang putih is my review from miss samirah,yang biru is my review from encik ingat mati,yang merah is my monologue,sekian, terima kasih.
SELAMAT MEMBACA! :)
********
mungkin ada yang sedar, mungkin tidak, akan hikmah sebuah pertunangan. anda nak tahu? zaaaaaaassssssss, mari kita layan!
pertunangan adalah proses yang terhasil apabila:1) pasangan sudah memikirkan perancangan untuk bernikah2) hubungan juga sudah diketahui oleh ibubapa 2-2 pihak3) tiada tentanganmaka, haram ke atas manusia lain mengganggu hubungan itu.coupling @ bercinta-cintaan sahaja:1) pernah merancang untuk bernikah2) menganggap pertunangan perlu adat dan majlis3) kecenderungan untuk berlaku curang akan timbulmaka, tiada masalah bagi manusia ketiga @ keempat @ keramaian menganggu hubungan itu.which case i am falling to now? (ouh, mari tepuk dada, uhuk2 legakan batuk.)Anak-anak muda memahami konflik ini.Mereka ada kefahaman agama, juga berhasrat untuk bertunang dan bernikah kahwin.Mereka ini ingin memelihara diri dan iman mereka sendiri.But in the same time, mereka terpaksa taat pada kehendak ibubapa.bagaimana hendak membujuk hati ibubapa untuk berkahwin awal?kunci utama BERTERUS-TERANGLAH @ pillow talk @ soft talk. keseganan itu adalah jurang, sesudah ditempuh, lepas ni boleh berterus-terang lagi. dah tak berapa nak jurang sangat dah. betul, cuba try mintak duit kat mak. kita mintak lagi tak lepas tu? :D hehe, sorry mother. i always menyusahkan mama sejak kecil sampai dewasa ini. mohon ampun dan dihalalkan segalanya~
tahniah! sekiranya anda berani menyuarakan hasrat anda untuk bernikah semasa belajar. :) give a big applause to yourself!!! bukan senang nak meluahkan hati pada parents, tahu? tetapi ingat, ada 3 probabiliti respons yang perlu anda hadapi:
A) HARD : tidak bersetuju walau apapun alasan kamu.
B) MEDIUM : awalnya tidak bersetuju but after memujuk rayu akhirnya cair jua.
C) SOFT AND EASY : bersetuju dengan mudah, siap memberi sokongan dan bantuan.
Apapun jawapan yang diterima samada A atau B, kita harus menerimanya dengan tenang. fikirkan dari pelbagai aspek mengapa ditentang. kita sudah mencecah kaki ke alam dewasa (dah habis sekolah menengah, kita bukan budak lagi. bukan! bukan!) jadi gunakanlah KEMATANGAN fikiran untuk menilai segalanya dengan waras bukan berdasarkan emosi.
BERTUNANGLAH, nescaya di sepanjang tempoh pertunangan itu, komitmen semua pihak termasuk ibu bapa akan meningkat tanpa sedar. -encik ingat mati-
tetapi jika C, alhamdulillah. anda tak perlu melobi-lobikan diri pada ibubapa untuk berkahwin. usahakan ilmu rumahtangga sebaik mungkin untuk perkahwinan yang bakal menjelang tak lama lagi. :) nak senarainya? erm, ini pun nak kene senarai juga. takpe2. rela ku bantu teman-teman seperjuanganku.
1) kewangan: bolehlah start bisnes dadih ke (kahkahkah, akulah tu!), join ads Nuffnang ke, buat khidmat printing, buat video untuk private company ke, macam-macam cara ada. Tuhan kan dah janji rezeki datang dari mana-mana. :D
2) menghadiri kursus kahwin: bukan orang nak kahwin sahaja yang boleh datang kursus ini. banyak ilmu yang boleh kita pelajari termasuklah kesihatan, pengurusan masa, penjagaan diri, hubungan dengan jiran tetangga. phew.. kalau hurai 1-1 mampu korang baca entri ini 7 hari 7 malam. :)
3) membuat ujian kesihatan HIV/ talesemia: ini penting ni. kalau awal-awal dah tahu sakit apa, senang nanti nak hadapi bersama @ mungkin ada yang buat keputusan putus saja di tengah jalan. :'( part ni memang sedih dan masing-masing akan buat ayat camni: "sudahlah, kita tidak dijodohkan bersama..." it is all up to you, guys. i'm not DR LOVE, decision sila buat sendiri.
4) mengisi borang-borang kat pejabat agama: banyak borang tu, borang J, borang poligami (eh,tak! tak! saya tidak menyokong poligami tanpa sebab musabab yang kukuh. kalau setakat kerana anda jatuh cinta lagi, okey, lepas ni anda akan jatuh cinta lagi juta-juta kali selepas bosan dengan isteri no 2. poligami sebab bosan? ya Allah, janganlah~ andalah yang kena memikat isteri supaya mesra semula. isteri2, take note okay, jadi isteri yang interesting. hahaha, weyh, serius ni. serius!)
5) menempah pakaian: baju nikah, kalau pandai jahit, buatlah sendiri. baju kebaya bentuk2 mungkin tak reti, bolehlah tempah2. baju melayu bakal suami takkan tak reti? (eh, haha... saya memang tak reti guna mesin jahit. mak long, tolong ajar saya menjahit cuti semester ni. jangan g jalan2 dulu taw.)
6) merancang dan membeli barang hantaran: err, yang ini subjektif. ikut persediaan kewangan masing-masing. kalau ada rezeki lebih, banyakkanlah. kalau tak, buat takat yang mampu sahaja. mari jangan membazir. :D (guna barang recycle? heh, jangan buat hal. kahwin bukan selalu. haha)
persiapan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan ibubapa bahawa anak mereka sebenarnya sudah ada ciri-ciri berdiri-atas-kaki-sendiri dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perhubungan ini. insyaAllah dapatlah greenlight. persediaan ini bukanlah mudah ya, ianya memakan masa dan pengorbanan yang begitu tinggi. mungkin pada waktu tersebut kita sudah di tahun tiga atau tahun akhir pengajian (tak lama dah nie).
ouh, i super-sangat suka quote ini:
"Mendapatkan izin ibu bapa untuk kahwin awal semasa belajar adalah seni. Ia mesti dibuat dengan halus, dan perlahan-lahan, tidak boleh dengan kasar dan tergopoh-gapah. Kekasaran akan menyebabkan ibu bapa terguris hati, tidak kira sama ada hasilnya dia mengizinkan kahwin awal atau tidak, tetapi menyakiti hati ibu bapa adalah dosa." -encik ingat mati-
ya, saya sangat setuju. memujuk ibubapa untuk berkahwin awal adalah suatu seni yang harus dipelajari oleh saya dan teman-teman yang mempunyai SATU HASRAT dan SATU HARAPAN seperti saya. walaupun permintaan saya pernah direject dengan dasyatnya oleh bunda tercinta, saya takkan putus asa. :D
mungkin pada kita, kita sudah cukup baik dan bersedia.
namun banyak cacat celanya dari mata orang tua.
mari sayang, mari teman-teman, kita perbaiki lagi diri kita.
"Ya Allah, jika jalan ini yang terbaik untukku, maka permudahkanlah..."